NOR RAFISHAH MD. HASSAN


E-mail : Rrafishah@yahoo.com

Novel Terawal
1. Cinta Monyet (1996)
2. Menggapai Ilusi (1996)

Novel Terkini
1. Sutera Biru
2. Di Pinggir Musim Itu
3. Yang Kehilangan
4. Aku Yang Ditinggalkan
5. Luka Sekeping Hati
6. Tiada Lagi Cinta
7. Kau Yang Tercinta
8. Andai Ada Cinta
9. Cinta di Hati
10. Cinta Semanis Epal

http://norrahassan.blogdrive.com
   









If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, November 09, 2009
Mini novella : Cinta di Hati

CintaSemanisEpal.jpg Cinta Semanis Epal picture by fyshah

Aku cintakan engkau. Namun, sebelah mata pun kau tidak memandang aku. Aku kurangnya aku berbanding dia? Ketahuilah, kemanisan cintaku tiada tandingannya.
- Yuji Iskandar

Yuji bagaikan jelmaan jembalang yang sentiasa menggugat ketenangan, Kamal adalah putera idaman dan emak umpama bidadari syurga yang dipuja sentiasa. Namun, apabila sang putera menjadi pertanda jiwa, apabila bidadari melakukan dosa, si jembalang itulah yang menjadi penghibur lara.
- Helena


Posted at 03:42 pm by Nor Rafishah
Make a comment  

Cinta di Hati

'Kita merenung bintang yang sama
tetapi mengapa mimpi berbeza?'

CintadiHati.jpg picture by fyshah

Merajuk dengan ayah sendiri, merajuk dengan gadis yang dicintai, Nashran nekad membawa hati.  Di tempat orang, dia membina semangat baru dan belajar mengenali diri.  Lebih daripada itu, dia menemui sebuah cinta baru.

Pleurotus sajor-caju.

 

Tetapi bahagia sebenar yang diimpikan masih jauh daripada genggaman tangan.  Lalu, di manakah hendak dicari bahagia itu?  Atau masihkah dia terlepas pandang pada kasih yang ada di hadapan mata?


Posted at 03:38 pm by Nor Rafishah
Make a comment  

Friday, May 04, 2007
Kau Yang Tercinta

'Kaulah,
yang paling aku cintai
di dalam riwayat hidup ini'

KYT.jpg Kau Yang Tercinta picture by fyshah

SINOPSIS :-
Dikhianati oleh lelaki yang dicintai, membuatkan rasa dendam menggunung di hati.  Bukannya dia tidak cuba memujuk hati, berharap agar Naufal muncul di ruang mata semula.  Tetapi penantian yang tidak kunjung tiba, membuahkan hampa yang mendera sukma.  Naufal yang pergi itu, sedikit pun tidak mengingati diri yang setia menanti.  Harapan yang kian pudar, membuatkan warna cinta di hati Kencana semakin samar. 
            Tatkala ingin melepaskan segala memori, lelaki itu kembali.  Antara cinta yang menagih tempat di hati dan budi yang mengikat diri, dia tersepit antara dua lelaki.
  
            
Antara Naufal dan Rashdan.
            Antara kenangan silam yang memilukan dan masa hadapan yang belum tentu gemilang.
Kedua-dua mereka adalah lelaki yang dicintainya … lelaki yang disandarkan harapan untuknya meraih bahagia buat kali kedua.  Biar pun siapa pun pilihannya, nyata akan ada hati yang terluka.  Tetapi dia yakin, pilihannya tepat.
  
            Dan keputusannya muktamad.


NOTA :-

Sambungan novel 'Luka Sekeping Hati' ... kesudahan hubungan Kencana dan Naufal serta Rashdan.


Posted at 09:51 am by Nor Rafishah
Comments (3)  

Thursday, March 16, 2006
Tiada Lagi Cinta

 'Ketiadaan cinta itu membuat aku
mencari di mana kesilapan diri'


Picture029-1.jpg Tiada Lagi Cinta picture by fyshah

SINOPSIS :-
Andai cinta tiada lagi, bebaskanlah diri daripada dipenjarai kekecewaan. Kembangkanlah sayap mencari hati yang baru. Andai cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya, melainkan bersujud kepada-Nya. Memang terluka jika berpisah bukan dengan kerelaan hati.

"Andai kau untukku walau terlindung dibalik awan kita tetapkan bersatu. Jika bukan kepunyaanku, walau dekat selalu kau bukan milikku"

Kerana cinta, Masyitah dan Amir sama-sama terluka. Benarlah, hanya yang mengalaminya sahaja dapat merasai keperitan perpisahan itu. Mereka jatuh dalam luka yang sama dan bangun kembali demi rasa kecintaan itu. Tiada lagi cinta bukan bermakna mereka harus menutup pintu hati melainkan percaya; kebahgiaan itu tetap ada. 


NOTA :-
Diilhamkan daripada dua buah kisah benar (bukan kisah benar!) dan disatukan dalam sebuah karya.  Watak utamanya ialah Mashitah dan Redza, tetapi bukan kisah cinta mereka berdua, sebaliknya kisah cinta masing-masing. 

Kampung Sibugal, Sandakan, Sabah yang disebutkan sepintas lalu dalam karya ini adalah kampung yang pernah saya lawati dan tinggal selama seminggu ketika mengikuti program khidmat masyarakat pada tahun 1998.  Keluarga angkat saya ialah pasangan guru yang mengajar di sekolah Sibugal.  Umum penduduknya adalah keturunan Kagayan. 


ULASAN PEMBACA:-

Ainil (
http://koleksibukuainil.blogspot.com)
Penulis ini bukannya baru dalam arena penulisan. Novel ini membuktikan kematangan penulis ini dalam menulis novel. Persembahan novel ini cukup unik dengan beberapa bab awal dan beberapa bab akhir diambil daripada dua watak utama iaitu Amir Asyraf dan Mashitah. Dalam bab-bab ini banyak monolog bertukar ganti.Monolog Amir dan Mashitah. Monolog(luahan rasa hati mereka) ini diselang seli dengan dialog. Peralihan antara monolog dan dialog ini kadangkala membuatkan saya keliru dan sedikit pening.

Penceritaan bermula apabila dua insan yang langsung tiada kaitan, pada mulanya berjumpa secara kebetulan di bumi Terengganu. Pertemuan pertama itu menjadi mudah mesra selepas kedua-duanya menganggotai Rejimen Askar Wataniah.
Penulis menggunakan "Rejimen Askar Wataniah" untuk memesrakan Amir dan Mashitah dengan cepat di bab-bab awal supaya penceritaan seterusnya boleh dicerita dengan cepat. Saya rasa ini sesuatu yang baik.

Memang banyak novel sebelum ini yang menamakan bab dengan nama-nama watak(Saga-Abd Talib Hassan) tetapi belum pernah saya membaca novel Melayu yang menggunakan cara ini untuk mempertemukan dua watak yang langsung tak kenal antara satu sama lain pada awalnya.

Cerita ini berkembang, pada dasarnya bukan kerana watak utama itu sendiri tetapi orang-orang di sekeliling dua watak utama. Dua watak utama itu seperti pencerita/penggerak untuk watak-watak sekeliling seperti bekas-bekas kekasih mereka,kawan-kawan,adik angkat dan ibu bapa berkembang.Ini sesuatu yang unik saya kira.

Saya sendiri terkejut dengan misteri di sebalik jemputan perkahwinan untuk Amir dan Mashitah yang menyebabkan kedua-duanya berada di Terengganu.Memang tak sangka!

Pembangunan watak yang biasa tetapi method penceritaan yang unik dan segala-galanya terungkai di akhir novel. Cuma ada kelemahan. Penulis ini ada kalanya menggunakan perkataan yang kurang sesuai.Contoh syarat terutama, hati terkecewa. Sedangkan boleh saja ditulis syarat utama, hati kecewa.

Jika ingin tahu kesudahan di sebalik misteri kad jemputan, bacalah novel ini kerana saya tidak mahu membocorkan misteri itu.

Cuma mengapa perhubungan Mashitah dan Amir Asyraf seperti tergantung? Maksud saya mereka baru nak bercinta akhirnya.Mungkin penulis berhasrat ingin menulis sekuel kepada novel ini. Siapa tahu.


Posted at 10:35 am by Nor Rafishah
Comments (7)  

Saturday, October 01, 2005
Luka Sekeping Hati

'segunung cintaku
tidak akan pudar dengan selaut nista'

LSH.jpg Luka Sekeping Hati picture by fyshah

SINOPSIS :-
Kerana asal usulnya, Kencana, seorang mahasiswi, sering dipandang rendah oleh pelajar-pelajar senior, terutamanya Naufal dan Tasha. Pada masa yang sama, dia juga didekati oleh seorang senior lain, Rashdan. namun, adanya Soffian, sepupu yang juga tunangannya, Kencana tidak memberi harapan kepada Rashdan walaupun kadangkala di hatinya turut berbunga kasih. Soffian ternyata curang kepadanya. Demi merawat luka di hati, Kencana bertekad untuk melakukan perubahan kepada dirinya, membuat Naufal mulai memberikan perhatian kepadanya.

Sekalipun cuba mengelak, namun Kencana sedar, dia juga mencintai Naufal. Hubungannya dengan Naufal ternyata tidak disenangi oleh keluarga Naufal. Malah, keluarganya dan Soffian juga memutuskan untuk mempercepatkan perkahwinan mereka apabila mengetahui akan perubahan diri dan hubungannya dengan pemuda lain. Menyedari Soffian masih mencurigainya, Kencana nekad berkahwin lari dengan Naufal. Bagaimanapun, bahagia yang dibina tidak seindah yang diimpikan apabila Naufal tiba-tiba menghilangkan diri. Kencana terpaksa kembali ke sisi keluarganya. Rashdan pula cuba kembali dalam hatinya. Namun bagi Kencana, dia tidak layak untuk cinta Rashdan. Adakah cintanya ternyata bukan untuk Rashdan atau tetap setia menanti Naufal kembali mengubati derita hatinya?


NOTA :-
Berkisar kepada pergolakan rasa hati seorang gadis dan hubungan cinta yang terbelah kerana perbezaan status sosial. 

Perkembangan novel ini terfokus kepada watak utamanya, iaitu Kencana.  Watak-watak lain hanya dapat dilihat kemunculan mereka di sekitar wataknya.   Editor, Surianee bertanya apakah kesudahan watak Naufal yang cukup tergantung, takut kalau-kalau pembaca tidak berpuas-hati dan tertanya.  Jawapan saya, novel ini ada sambungannya.


ULASAN PEMBACA :-

Lina
Hai,
Membaca novel ini membuatkan saya tertanya-tanya apa penyudahnya. Takkanlah tergantung macam tu saja. Belek punya belek dalam keadaan frust tu saya terbaca catatan di belakang yang novel tu ada sambungan. Apa lagi bergegas saya mencapai kunci kereta walaupun dah hampir sembilan malam. Hairan juga mak mertua saya, menantunya keluar malam tanpa pamit. Walaupun saya tinggal jauh dari pusat bandar, saya redah juga ke kedai buku Popular. Leganya dapat jumpa Kau Yang Tercinta yang hanya tinggal dua buah. Anyway, tahniah....buku ni memang best. Semoga kehebatan menyusun kata dalam karya terus menjadi milik saudari. Selamat berjaya di waktu-waktu mendatang.

  

Nora Malandu

Hi....salam sejahtera, saya Nora dari Pulau Labuan baru saja selesai membaca novel yang berjudul Luka Sekeping Hati terbitan semula dari Fajar Pakeer (FP).Seronok membaca novel ini sebab jalan cerita yang menepati jiwa saya, tapi saya nak tau ada ke sambungan novel ini sebab nak tau juga kemana perginya suami Kencana dan mengapa Kencana tidak dipedulikan. sekian dahulu buat masa ini saya nak berkemas nak balik rumah sebab masa ini saya masih dipejabat, saya memang gila novel dan ini adalah novel pertama anda yang saya baca dan saya telah jatuh hati pada karya anda.

 

Yusnita_CSTing

Assalamualaikum...Saya merupakan peminat novel melayu...yg diterbitkan oleh Alaf dan CESB...bagi saya novel terbitan lain kurang bermutu (ternyata saya tersilap nilai dlm perkara nie...) Dan untuk pengetahuan Fish, saya juga telah membuka sebuah kedai buku yg khusus menjual novel Melayu.

Baru baru ini, saya membeli novel keluaran FP...dan membaca karya anda...tahniah FISH...selepas memiliki LUKA SEKEPING HATI saya jatuh cinta dgn karya anda...dan KAU YG TERCINTA telah saya miliki...selain dr 2 tittle nie, dimana lagi sy nak dptkan cerita lama u...?

tq


Posted at 10:23 am by Nor Rafishah
Comments (7)  

Next Page