NOR RAFISHAH MD. HASSANE-mail : Rrafishah@yahoo.com Novel Terawal1. Cinta Monyet (1996) 2. Menggapai Ilusi (1996) Novel Terkini 1. Sutera Biru 2. Di Pinggir Musim Itu 3. Yang Kehilangan 4. Aku Yang Ditinggalkan 5. Luka Sekeping Hati 6. Tiada Lagi Cinta 7. Kau Yang Tercinta 8. Andai Ada Cinta 9. Cinta di Hati 10. Cinta Semanis Epal http://norrahassan.blogdrive.com
|
|
Saturday, October 01, 2005
'segunung cintaku tidak akan pudar dengan selaut nista'

SINOPSIS :- Kerana asal usulnya, Kencana, seorang mahasiswi, sering dipandang rendah oleh pelajar-pelajar senior, terutamanya Naufal dan Tasha. Pada masa yang sama, dia juga didekati oleh seorang senior lain, Rashdan. namun, adanya Soffian, sepupu yang juga tunangannya, Kencana tidak memberi harapan kepada Rashdan walaupun kadangkala di hatinya turut berbunga kasih. Soffian ternyata curang kepadanya. Demi merawat luka di hati, Kencana bertekad untuk melakukan perubahan kepada dirinya, membuat Naufal mulai memberikan perhatian kepadanya.
Sekalipun cuba mengelak, namun Kencana sedar, dia juga mencintai Naufal. Hubungannya dengan Naufal ternyata tidak disenangi oleh keluarga Naufal. Malah, keluarganya dan Soffian juga memutuskan untuk mempercepatkan perkahwinan mereka apabila mengetahui akan perubahan diri dan hubungannya dengan pemuda lain. Menyedari Soffian masih mencurigainya, Kencana nekad berkahwin lari dengan Naufal. Bagaimanapun, bahagia yang dibina tidak seindah yang diimpikan apabila Naufal tiba-tiba menghilangkan diri. Kencana terpaksa kembali ke sisi keluarganya. Rashdan pula cuba kembali dalam hatinya. Namun bagi Kencana, dia tidak layak untuk cinta Rashdan. Adakah cintanya ternyata bukan untuk Rashdan atau tetap setia menanti Naufal kembali mengubati derita hatinya?
NOTA :-
Berkisar kepada pergolakan rasa hati seorang gadis dan hubungan cinta yang terbelah kerana perbezaan status sosial.
Perkembangan novel ini terfokus kepada watak utamanya, iaitu Kencana. Watak-watak lain hanya dapat dilihat kemunculan mereka di sekitar wataknya. Editor, Surianee bertanya apakah kesudahan watak Naufal yang cukup tergantung, takut kalau-kalau pembaca tidak berpuas-hati dan tertanya. Jawapan saya, novel ini ada sambungannya.
ULASAN PEMBACA :-
Lina Hai, Membaca novel ini membuatkan saya tertanya-tanya apa penyudahnya. Takkanlah tergantung macam tu saja. Belek punya belek dalam keadaan frust tu saya terbaca catatan di belakang yang novel tu ada sambungan. Apa lagi bergegas saya mencapai kunci kereta walaupun dah hampir sembilan malam. Hairan juga mak mertua saya, menantunya keluar malam tanpa pamit. Walaupun saya tinggal jauh dari pusat bandar, saya redah juga ke kedai buku Popular. Leganya dapat jumpa Kau Yang Tercinta yang hanya tinggal dua buah. Anyway, tahniah....buku ni memang best. Semoga kehebatan menyusun kata dalam karya terus menjadi milik saudari. Selamat berjaya di waktu-waktu mendatang.
Nora Malandu
Hi....salam sejahtera, saya Nora dari Pulau Labuan baru saja selesai membaca novel yang berjudul Luka Sekeping Hati terbitan semula dari Fajar Pakeer (FP).Seronok membaca novel ini sebab jalan cerita yang menepati jiwa saya, tapi saya nak tau ada ke sambungan novel ini sebab nak tau juga kemana perginya suami Kencana dan mengapa Kencana tidak dipedulikan. sekian dahulu buat masa ini saya nak berkemas nak balik rumah sebab masa ini saya masih dipejabat, saya memang gila novel dan ini adalah novel pertama anda yang saya baca dan saya telah jatuh hati pada karya anda.
Yusnita_CSTing
Assalamualaikum...Saya merupakan peminat novel melayu...yg diterbitkan oleh Alaf dan CESB...bagi saya novel terbitan lain kurang bermutu (ternyata saya tersilap nilai dlm perkara nie...) Dan untuk pengetahuan Fish, saya juga telah membuka sebuah kedai buku yg khusus menjual novel Melayu.
Baru baru ini, saya membeli novel keluaran FP...dan membaca karya anda...tahniah FISH...selepas memiliki LUKA SEKEPING HATI saya jatuh cinta dgn karya anda...dan KAU YG TERCINTA telah saya miliki...selain dr 2 tittle nie, dimana lagi sy nak dptkan cerita lama u...?
tq
Posted at 10:23 am by Nor Rafishah
 |  |  | norra May 19, 2007 09:16 PM PDT
Norzaina, novel sambungannya 'Kau Yang Tercinta' keluar betul-betul sms Pesta Buku. Jadinya, mungkin ambil sikit masa untuk masuk pasaran. Cuba cari kat MPH atau mana-mana kedai buku (walaupun kedai buku biasa) dalam sikit masa lagi.
Thanks for the support. |  |
  |  |  | norzaina May 18, 2007 09:34 AM PDT
haii askum..heheh novel part 1 ni dah bis baca...geram la ngan naufal tu..heheheh emosi la plak..heheh nak sambungan yg ke 2 ada jual pasar errkk cari2 tak jumpa pun..ermm |  |
  |  |  | norra February 16, 2006 02:53 PM PST
W'salam, cwazy wabbit
Saya dah baca; dan dah reply pun. After reply baru saya terfikir, mungkin awak ada datang menjenguk ke mari & memang tepat dugaan :-D
Tak apalah, saya biarkan reply tu kat situ saja.
BTW, thanks sebab membaca LSH |  |
  |  |  | cwazy wabbit February 16, 2006 02:25 PM PST
heh... heh.... nak cepat sangat hantar ketidakpuasan hati, dah antar ke salah tempat.. i should learn long time ago, not to act hastily... that's me, cwazy wabbit... you cari le kat mana-mana dalam blog you ni kiriman dari i..
:P |  |
  |  |  | norra January 18, 2006 05:44 PM PST
Pada baris akhir, kita akan melihat bagaimana Kencana mendapat semangat baru untuk meneruskan hidup selepas apa yang berlaku ke atas dirinya. Jadi, bagi saya ini adalah happy ending.
Yang membuatkan pembaca mengatakan endingnya tergantung adalah kerana seolah-olah tiada kesudahan yang nyata bagi watak Naufal dan Shafini. Jawapan saya; Tasha dan Shafini pastilah meneruskan pengajian dengan hati yang kecewa kerana tidak dapat memiliki Naufal dan Rashdan; manakala kesudahan watak Naufal memang dibiarkan diselubungi misteri sebegitu; kerana jawapannya diungkapkan di dalam sambungannya.
Advance info. buat you, Adhan; dalam sambungannya nanti, Shafini berkahwin dengan Soffian ;-) |  |
  |  |  | adhan January 18, 2006 04:53 PM PST
kenapa ending tergantung? |  |
|
|
|