NOR RAFISHAH MD. HASSAN


E-mail : Rrafishah@yahoo.com

Novel Terawal
1. Cinta Monyet (1996)
2. Menggapai Ilusi (1996)

Novel Terkini
1. Sutera Biru
2. Di Pinggir Musim Itu
3. Yang Kehilangan
4. Aku Yang Ditinggalkan
5. Luka Sekeping Hati
6. Tiada Lagi Cinta
7. Kau Yang Tercinta
8. Andai Ada Cinta
9. Cinta di Hati
10. Cinta Semanis Epal

http://norrahassan.blogdrive.com
   










If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Thursday, March 16, 2006
Tiada Lagi Cinta

 'Ketiadaan cinta itu membuat aku
mencari di mana kesilapan diri'


Picture029-1.jpg Tiada Lagi Cinta picture by fyshah

SINOPSIS :-
Andai cinta tiada lagi, bebaskanlah diri daripada dipenjarai kekecewaan. Kembangkanlah sayap mencari hati yang baru. Andai cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya, melainkan bersujud kepada-Nya. Memang terluka jika berpisah bukan dengan kerelaan hati.

"Andai kau untukku walau terlindung dibalik awan kita tetapkan bersatu. Jika bukan kepunyaanku, walau dekat selalu kau bukan milikku"

Kerana cinta, Masyitah dan Amir sama-sama terluka. Benarlah, hanya yang mengalaminya sahaja dapat merasai keperitan perpisahan itu. Mereka jatuh dalam luka yang sama dan bangun kembali demi rasa kecintaan itu. Tiada lagi cinta bukan bermakna mereka harus menutup pintu hati melainkan percaya; kebahgiaan itu tetap ada. 


NOTA :-
Diilhamkan daripada dua buah kisah benar (bukan kisah benar!) dan disatukan dalam sebuah karya.  Watak utamanya ialah Mashitah dan Redza, tetapi bukan kisah cinta mereka berdua, sebaliknya kisah cinta masing-masing. 

Kampung Sibugal, Sandakan, Sabah yang disebutkan sepintas lalu dalam karya ini adalah kampung yang pernah saya lawati dan tinggal selama seminggu ketika mengikuti program khidmat masyarakat pada tahun 1998.  Keluarga angkat saya ialah pasangan guru yang mengajar di sekolah Sibugal.  Umum penduduknya adalah keturunan Kagayan. 


ULASAN PEMBACA:-

Ainil (
http://koleksibukuainil.blogspot.com)
Penulis ini bukannya baru dalam arena penulisan. Novel ini membuktikan kematangan penulis ini dalam menulis novel. Persembahan novel ini cukup unik dengan beberapa bab awal dan beberapa bab akhir diambil daripada dua watak utama iaitu Amir Asyraf dan Mashitah. Dalam bab-bab ini banyak monolog bertukar ganti.Monolog Amir dan Mashitah. Monolog(luahan rasa hati mereka) ini diselang seli dengan dialog. Peralihan antara monolog dan dialog ini kadangkala membuatkan saya keliru dan sedikit pening.

Penceritaan bermula apabila dua insan yang langsung tiada kaitan, pada mulanya berjumpa secara kebetulan di bumi Terengganu. Pertemuan pertama itu menjadi mudah mesra selepas kedua-duanya menganggotai Rejimen Askar Wataniah.
Penulis menggunakan "Rejimen Askar Wataniah" untuk memesrakan Amir dan Mashitah dengan cepat di bab-bab awal supaya penceritaan seterusnya boleh dicerita dengan cepat. Saya rasa ini sesuatu yang baik.

Memang banyak novel sebelum ini yang menamakan bab dengan nama-nama watak(Saga-Abd Talib Hassan) tetapi belum pernah saya membaca novel Melayu yang menggunakan cara ini untuk mempertemukan dua watak yang langsung tak kenal antara satu sama lain pada awalnya.

Cerita ini berkembang, pada dasarnya bukan kerana watak utama itu sendiri tetapi orang-orang di sekeliling dua watak utama. Dua watak utama itu seperti pencerita/penggerak untuk watak-watak sekeliling seperti bekas-bekas kekasih mereka,kawan-kawan,adik angkat dan ibu bapa berkembang.Ini sesuatu yang unik saya kira.

Saya sendiri terkejut dengan misteri di sebalik jemputan perkahwinan untuk Amir dan Mashitah yang menyebabkan kedua-duanya berada di Terengganu.Memang tak sangka!

Pembangunan watak yang biasa tetapi method penceritaan yang unik dan segala-galanya terungkai di akhir novel. Cuma ada kelemahan. Penulis ini ada kalanya menggunakan perkataan yang kurang sesuai.Contoh syarat terutama, hati terkecewa. Sedangkan boleh saja ditulis syarat utama, hati kecewa.

Jika ingin tahu kesudahan di sebalik misteri kad jemputan, bacalah novel ini kerana saya tidak mahu membocorkan misteri itu.

Cuma mengapa perhubungan Mashitah dan Amir Asyraf seperti tergantung? Maksud saya mereka baru nak bercinta akhirnya.Mungkin penulis berhasrat ingin menulis sekuel kepada novel ini. Siapa tahu.

Posted at 10:35 am by Nor Rafishah

fadz
July 17, 2006   07:15 PM PDT
 
lihat blog saya: kububuku.blog-city.com
norra
June 19, 2006   03:06 PM PDT
 
Adhan, terima-kasih.

Mengenai kekeliruan tu, so sorry lah yer. Tapi harap kekeliruan tu tak menjejaskan sangat pembacaan. Saya buat begitu kerana cara ini dapat lebih memperlihatkan gelora hati kedua-dua mereka.

Tiada sambungan sebab bagi saya endingnya memang dah happy ending; cuma tidak dinyatakan secara jelas
adhan
June 18, 2006   08:34 PM PDT
 
norra...
actually hampir terlupa dengan novel awak ni..tapi nasib baiklah memang ulat buku so gi je kedai tengok dah ada novel baru awak ni...

~ seronok baca cite ni..masuk dengan jiwa saya..bila baca watak amir asyraf saya boleh menjiwainya dan dapat memahami apa yang terjadi pada dia..kadang geram juga dengan dia sebab lebihkan sangat juita tu (teringat pada seseorang hehehe)..bila baca watak masyitah pun begitu juga ;o)

~ yang tak seronoknya kan..kadang-kadang saya confuse saya tengah baca cite sapa bukan sebab apa..sebab awak kan buat satu bahagian dari amir asyraf dan satu lagi dari masyitah...:o) itu je la..leh tau kenapa awak buat gitu ek? pening sikit..

tapi apa pun memang best..ops..napa ending dia macam tu? adakah awak nak sambung TLC 2 seperti mana LKH 2?
norra
April 14, 2006   05:28 PM PDT
 
Adhan, jangan letakkan jangkaan tinggi sangat, takut tak menepati citarasa awak.

Tapi honestly, ini novel saya yang paling saya suka (setakat ini) Novel ini terbahagi kepada 4 bahagian :- bahagian 1 adalah permulaan, bahagian 4 adalah peleraian, bahagian 2 adalah kisah Mashitah manakala bahagian 3 adalah kisah Redza. Story tentang apa? Baca sendiri nanti ...

Sambungan LSH dah dihantar ke penerbit. Insya-Allah, hujung tahun. Kalau tak hujung tahun, awal tahun hadapan :-D

Tapi saya ada buat blog sambungannya http://lukasekepinghati2.blogdrive.com
adhan
April 13, 2006   05:12 PM PDT
 
tak sabarnya nak tunggu novel baru ni...baca petikan dialog je dah teruja..eh..LSH bila nak sambung?
Nor Rafishah
March 29, 2006   12:11 PM PST
 
Waalaikumsalam, ya, terbitan Rhythm. Insya-Allah, terbit bulan Mei nanti
wahida
March 29, 2006   08:38 AM PST
 
Assalamualaikum,
Tiada lagi cinta keluaran rhythm juga ke?
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry