NOR RAFISHAH MD. HASSAN


E-mail : Rrafishah@yahoo.com

Novel Terawal
1. Cinta Monyet (1996)
2. Menggapai Ilusi (1996)

Novel Terkini
1. Sutera Biru
2. Di Pinggir Musim Itu
3. Yang Kehilangan
4. Aku Yang Ditinggalkan
5. Luka Sekeping Hati
6. Tiada Lagi Cinta
7. Kau Yang Tercinta
8. Andai Ada Cinta
9. Cinta di Hati
10. Cinta Semanis Epal

http://norrahassan.blogdrive.com
   










If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Tuesday, September 06, 2005
Yang Kehilangan

'setiamu menjadikan aku rindu
menjadikan aku cemburu'

 
Picture001.jpg Yang Kehilangan picture by fyshah

SINOPSIS :-
Suhana memikul tanggungjawab membesarkan adik-adiknya setelah kematian ayahnya. Segala kepayahannya turut dikongsi oleh Hasnul dan Mukhriz iaitu dua sahabat karibnya yang sentiasa mengambil berat tentang mereka. Dalam diam Suhana menyintai Mukhriz tanpa menyedari yang Hasnul juga menaruh hati padanya.

Namun Suhana hanya bertepuk sebelah tangan kerana Mukhriz menyintai Mawar, setiausahanya. Ketika yang sama, Farina, adik Suhana telah hamil anak luar nikah. Demi menyembunyikan hal tersebut, kembarnya Izmal telah menempatkan Farina di sebuah pusat perlindungan wanita dan gadis bermasalah.

Suhana pula mendapat tahu yang Puan Min, ibu Mawar adalah ibu kandung mereka yang sejak sekian lama menghilangkan diri. Hubungan Mukhriz dan Mawar pula semakin retak setelah Mukhriz mengetahui yang Mawar anak luar nikah. Perasaannya semakin berbelah bahagi setelah mengetahui Suhana menyintainya.

Pelbagai cara dilakukan Mawar untuk mengambil hati Mukhriz namun tidak diendahkan oleh Mukhriz. Demi Suhana, Mukhriz menceraikan Mawar. Bagaimanapun Hasnul yang sekian lama memendam rasa memaksa Suhana mengahwininya. Dapatkah Suhana menerima Hasnul dan bagaimana pula dengan cintanya terhadap Mukhriz.


        
NOTA :-
Novel ini menceritakan tentang sebuah keluarga, yang terdiri daripada lima beradik (Suhana, Izmal, Farina, Malina dan Idlan). Diilhamkan apabila saya terbaca sebuah artikel mengenai personaliti setiap urutan anak dalam sebuah keluarga; manakala kisah Farina dalam novel ini diilhamkan daripada kisah seseorang yang saya kenali (bukan kisah benar!) yang rela berkorban diri demi membuktikan cinta sejati. Seseorang wanita menyerahkan segala-galanya demi memiliki seorang lelaki yang dicintai. Aneh sekali, tetapi itulah hakikat yang ada pada masa sekarang. Tetapi apa jadinya? Maruah tercalar, diri tercela. 


ULASAN PEMBACA :-

Sherry (
http://sherries.blogdrive.com)
- 'Yang Kehilangan' merupakan karya pertama Nor Rafishah Md. Hassan yang berada di koleksi kesayangan saya.   Sebelum ini 70% dari koleksi novel saya banyak tertumpu kepada novel-novel terbitan Alaf21.  Setelah berpindah dari satu laman blog ke laman blog yang lain, saya mendapat info akan kewujudan lain-lain syarikat penerbitan di pasaran yang hasil-hasil terbitan mereka tidak boleh dipandang dengan sebelah mata sahaja.  Lalu saya memilih hasil karya Nor Rafishah terbitan Rhythm Publishing yang mana penulis novel dan syarikat penerbitan ini adalah 'baru' di mata saya.
Hasilnya ... not bad!  Agak memuaskan bagi penulis-penulis baru seperti Nor Rafishah (kalau tak salah saya lah).  Ada babak-babak di dalam novel ini yang mampu membuatkan saya mengalirkan air-mata.  Mampu 'bermain' dengan emosi saya.
Saya yakin, sekirany penulis-penulis baru seperti Nor Rafishah ini diberi peluang dan sokongan dari para peminat novel-novel Melayu di luar sana, tidak mustahil suata masa nanti mereka akan setanding dengan novelis-novelis yang amat saya kagumi seperti Sri Diah, Norhayati Berahim, Sharifah Abu Salem dan lain-lain.


Nurdia (
http://pening.blogdrive.com)

- Satu cerita yang agak menarik sebagai bacaan n simpanan dalam library rumah... kemelut kehidupan bagi insan yang kehilangan ibu bapa... dan terpaksa membesarkan adik-adiknya.... terasa diri ku berada dalam cerita walau dalam suasana yang agak berbeza....sesuai untuk bacaan remaja... bagi mengharungi liku2 hidup......
***

Posted at 04:15 pm by Nor Rafishah
Make a comment  

Monday, September 05, 2005
Di Pinggir Musim Itu

'Biarpun musim berlalu
namun ku terus memburu rindu'

Jun2803.jpg Di Pinggir Musim Itu picture by fyshah

SINOPSIS :-
Airini seorang eksekutif muda yang sering kesepian setelah kehilangan orang dicintainya. Kehadiran Danish yang bekerja di syarikat yang sama dirasakan mencabar kedudukannya. Danish pula di dalam diam menaruh hati pada Marya seorang model yang baru dikenalinya. Bagaimanapun cintanya tergugat setelah kehadiran sepupu Marya iaitu Mazrin yang baru kembali ke tanah air. Dalam masa yang sama, Airini turut tertarik pada Mazrin yang dikatakan mirip wajah bekas tunangnya.

Perhubungan Airini dan Danish yang dulunya tegang kembali pulih disebabkan oleh satu tragedi. Danish menyedarkan Airini tentang erti kehidupan. Marya pula kembali kepada Danish setelah cintanya ditolak oleh Mazrin. Namun segalanya sudah terlambat. Danish telah pun membuat pilihan. Siapakah yang bertakhta di hati Danish?


NOTA :-
Novel ini pernah dihantar ke sebuah penerbitan tetapi tiada khabar berita (lenyap begitu sahaja atau agaknya saya tersalah hantar).  Saya kemudiannya mengolah kembali dengan memberikan tumpuan kepada perkembangan dua watak utamanya dan mengemaskannya dengan lebih baik lagi.

Pada naskah asal, dua watak utama ini disatukan, tetapi ketika pengolahan dilakukan, kedua-dua watak utama ini dan juga watak-watak lain diasingkan dan diceritakan dalam satu bab yang khusus.

Posted at 04:10 pm by Nor Rafishah
Make a comment  

Sunday, September 04, 2005
Sutera Biru

 'Jika dirinya dan semalam dapat dikembalikan
                       aku pasti akan belajar mencintainya'
                     
      

Picture002-1.jpg Sutera Biru picture by fyshah

SINOPSIS :-
Neha berkahwin dengan Hazrul melalui insiden khalwat yang dirancangnya sendiri. Bagaimana pun rumah tangga mereka tidak bahagia kerana Hazrul masih tidak dapat memaafkannya. Apatah lagi Hazrul masih menyintai kekasihnya Ika yang juga sepupunya. Perhubungan yang masih terjalin itu membuatkan Neha sering memendam perasaan. Dalam diam, Hazrul mengahwini Ika dan Neha yang mengetahuinya bertindak menyerang Ika. Tindakan itu menyebabkan Hazrul menceraikan Neha.

7 tahun kemudian, mereka bersua kembali. Hazrul cuba berbaik semula dengan Neha namun Neha telah berkahwin dengan teman baiknya, Hairol. Perebutan hak berlaku setelah Hazrul mendapat tahu Nazrin adalah darah dagingnya. Dalam masa yang sama Hairol ditangkap berkhalwat. Neha berasa kecewa lalu membawa diri bersama Nazrin ke rumah teman baiknya. Bagaimana dengan kesudahan hubungan Neha dan Hairol dan dapatkah Hazrul menebus kembali kesalahannya?


NOTA :-
Novel ini diilhamkan daripada sebuah kisah benar iaitu mengenai seseorang yang sanggup berbuat apa sahaja demi memiliki lelaki yang dicintai, sekalipun apa yang dilakukannya itu mencemar harga dirinya sendiri.  

Novel pertama ini, (bagi saya, novel ini tidak ubah seperti novel pertama kerana dihasilkan setelah beberapa tahun berhenti menulis) bagi saya ada kelemahannya sendiri. Ketika membaca kembali karya saya ini, rasa seperti mahu ketuk kepala sendiri.

Semasa temuramah di slot 'Novel & Karya' (RMKL/KLFM) pada 5 Februari 2005, seorang pendengar bertanya bagaimana saya boleh menulis sebuah kisah rumah-tangga sedangkan saya masih lagi bujang. Jawapan saya ialah kisah ini berdasarkan sebuah kisah benar rumah-tangga kawan saya (yang kemudiannya dicanaikan garapan ceritanya mengikut ilham saya sendiri) dan berdasarkan bahan rujukan saya.  Saya terlupa untuk menjelaskan bahawa, konflik yang wujud di dalam novel ini bukannya seratus-peratus berakar kepada konflik rumah-tangga, tetapi saya menumpukan kepada konflik diri dan perasaan setiap watak.

Kampung Hazrul (walaupun tidak disebutkan dalam karya saya ini) sebenarnya adalah kampung kawan baik saya, iaitu Kampung Gunong, Bachok, Kelantan :-)


ULASAN PEMBACA:-

Carriekirana (
http://novelcintamelayu.blogdrive.com)
Sudah lama saya ingin meninjau karya-karya keluaran penerbit-penerbit lain selain daripada dua "gergasi" penerbit novel cinta popular yang dikenali umum dewasa kini. Ini penting bagi diri saya sendiri kerana seboleh mungkin saya mahu berada di landasan yang neutral di samping meluaskan perspektif saya terhadap karya-karya lain.Justeru itu, kali ini, saya teruja untuk menghayati karya milik Nor Rafishah Md. Hassan (Norra) - Sutera Biru, terbitan Novel Siri Cinta Rhythm (NSCR).

Sutera Biru merupakan kisah cinta "klise" yang ringkas. Tidak ada konflik yang mengusutkan jiwa. Dalam Sutera Biru, Nor Rafishah cuba membawa pembaca menilai satu keadaan di mana seorang wanita (Neha) sanggup melakukan apa sahaja demi untuk meraih cinta seorang lelaki (Hazrul). Plot dan perjalanan cerita Sutera Biru mantap dalam strukturnya tersendiri. Tarikan utama Sutera Biru ialah perjalanan cerita yang pantas - tidak ada adegan-adegan bosan dan meleret-leret tanpa tujuan.

Namun, saya dapati, penceritaan "inner voice" watak-watak utama tidak begitu kemas. Saya agak keliru sedikit kerana apabila saya merasakan saya sedang membaca "pergolakan" dalam fikiran Neha, tiba-tiba pula, saya berada di dalam pergolakan fikiran Hazrul. Teknik penyuntingan yang lebih teliti harus diberikan supaya pembaca dapat tahu bahawa desis hati Neha sudah berakhir dan penceritaan sudah beralih fokus kepada desis hati Hazrul. Pun begitu, elemen ini tidaklah sampai mencacatkan perjalanan cerita Sutera Biru.

Saya juga ingin menekankan di sini (mungkin saya ada menulis mengenai aspek ini dalam entri saya terdahulu) bahawa penggunaan bahasa perbualan Bahasa Inggeris harus diberikan perhatian lebih serius jika ia ingin diselitkan dalam novel berbahasa Malaysia. Terdapat banyak kesilapan nahu dan tatabahasa juga penggunaan bahasa perbualan yang kurang tepat dalam Sutera Biru yang harus diambil kira. Jika penulis mahu menggunakan Bahasa Inggeris untuk menggambarkan kehidupan masyarakat kita masa kini, penulis harus memastikan penguasaan Bahasa Inggeris adalah setara dengan penguasaan Bahasa Malaysia supaya penyampaian cerita lebih berkesan. Jika tidak, adalah lebih selamat jika Bahasa Malaysia diguna sepenuhnya dan saya pasti hasilnya juga pasti tidak akan mengubah jalan cerita.  Mungkin , penulis mahukan kelainan lalu menyelitkan perbualan Bahasa Inggeris untuk lebih menepati kehendak suasana tapi seharusnya, penggunaan Bahasa Inggeris terutama dalam dialog antara watak harus digunakan dengan tepat dan disemak dengan pakar rujuk bahasa sebelum karya itu diterbitkan.

Bagi saya, kisah santai Sutera Biru sesuai untuk dibaca di kala kelapangan. Saya menyukainya. Satu kelainan berbanding karya-karya yang pernah saya baca. Kematangan Nor Rafishah dalam mengupas tema cerita Sutera Biru menjadi tunggak tarikan Sutera Biru. Sepertimana novel-novel keluaran Rhythm yang lain, novel Sutera Biru banyak memfokuskan kepada pembangunan plot cerita berbanding dengan pembangunan watak utama. Boleh jadi, inilah resipi Rhythm tersendiri untuk mencari ruang bernafas dalam pasaran novel cinta yang semakin sengit sekarang.

Rating: ***1/2 (Best juga - ada sedikit kelainan)


Nurdia (
http://pening.blogdrive.com)  
-
Amat menarik cerita yang dipaparkan ... perihal kehidupan....dan cabaran untuk menghadapi kehidupan yang datang silih berganti....penggarapan cerita amat menarik.... novel norra kali nie menampakkan peningkatan dari yang tahun lepas.... yang kehilangan.... tahniah buat norra....

***½


Ija
Ija ada memberikan komen pada 3 Sept. 2005 :- Norra, saya dah baca novel ni... x tahu pula Norra yg. tulis... Saya suka jln. ceritanya coz mengangkat perasaan wanita yg. telah dilukai tp akhirnya dia dapat melupakan segalanya dgn. pertolongan suami barunya iaitu kawan x-suami. Yg. lucunya mereka memberikan hadiah yang sama kpd. Neha...Nice story... 

Posted at 04:05 pm by Nor Rafishah
Comments (2)  

Previous Page