Entry: Aku Yang Ditinggalkan Wednesday, September 07, 2005



'kelukaan ini menjadi penawar kasih kita'

SINOPSIS :-
Cinta pertama sukar dilupakan.  Bagi Sutina, pengalaman jatuh cinta membuatkan dia ingin melupakan kisah silamnya.  Dia gigih mengusahakan restoran makanannya bersama rakan kongsinya, Yusma dan aktif sebagai sukarelawan untuk badan kebajikan.  Ketika Sutina cuba mengubat luka di hatinya, Taufik Hidayat dan Isham, sahabat baiknya suatu ketika dahulu muncul dalam hidupnya.

Taufik menyenangi Sutina yang mengambil-berat akan keadaan anaknya, Safiya yang cacat.  Isham pula cuba mendekati Sutina dengan menawarkan diri menjadi rakan kongsinya.  Namun kedua-duanya pernah melukakan hati Sutina tanpa mereka sedari.  Keadaan menjadi tegang bila bekas isteri Taufik kembali.  Taufik tekad melamar Sutina manakala Isham menghantar rombongan meminangnya.

Siapakah yang berjaya memujuk luka hatinya? Dapatkah Sutina melupakan luka kisah silamnya dan menyemai kasih baru? 
                                                      

NOTA :-
Ilham novel ini adalah tercetus daripada rasa hati saya terhadap hubungan persahabatan antara lelaki dan perempuan.  Jadinya, novel ini lebih berkisar kepada kisah persahabatan sekalipun berbaur cinta.  
   Sebuah kisah cinta yang bermula dengan persahabatan bagi saya adalah suatu hubungan yang terindah.  Bagi saya, sebuah percintaan yang bermula dengan persahabatan, apabila terputus, pasangan mungkin akan kekal bersahabat.  Kerana yang putus hanyalah hubungan hati, bukannya hubungan manusia.  Dan kalau mereka tidak menjadi sahabat kembali, mereka akan menjadi musuh yang tidak dapat didamaikan lagi.
       Beberapa nama yang disebut secara sepintas lalu iaitu Imaduddin, Huszaidi, Zamala, Noriah, Erna dan Lily adalah nama rakan-rakan saya dari Rejimen 502 Askar Wataniah :-)
   Sekolah menengah yang disebutkan di dalam novel ini adalah sekolah saya dahulu.  
    


ULASAN PEMBACA :-

Antubuku (
http://buku.blogdrive.com)
Ada dua nama yang terrlintas dibenakku semasa membaca novel ini, pertama Salina Ibrahim dan kedua Norhayati Berahim.  Pertama mungkin kerana ada nada tegas dan kedua nada yang sinis.  Novel ini menyingkap rasa hati Sutina, seorang gadis tomboy yang jatuh cinta pada dua orang teman karibnya dan keduanya meninggalkannya.... begitu saja kerana cinta mereka bukan padanya.  Sebuah paparan yang menarik, padat dengan mesej-mesej yang berisi.  Rasaku faktor kedukaan dan dendam yang tertahan dalam diri Sutinah yang ditinggalkan membuatkan novel ini begitu berat untuk dibaca dan terasa... meletihkan.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments