Entry: Luka Sekeping Hati Saturday, October 01, 2005



'segunung cintaku
tidak akan pudar dengan selaut nista'

LSH.jpg Luka Sekeping Hati picture by fyshah

SINOPSIS :-
Kerana asal usulnya, Kencana, seorang mahasiswi, sering dipandang rendah oleh pelajar-pelajar senior, terutamanya Naufal dan Tasha. Pada masa yang sama, dia juga didekati oleh seorang senior lain, Rashdan. namun, adanya Soffian, sepupu yang juga tunangannya, Kencana tidak memberi harapan kepada Rashdan walaupun kadangkala di hatinya turut berbunga kasih. Soffian ternyata curang kepadanya. Demi merawat luka di hati, Kencana bertekad untuk melakukan perubahan kepada dirinya, membuat Naufal mulai memberikan perhatian kepadanya.

Sekalipun cuba mengelak, namun Kencana sedar, dia juga mencintai Naufal. Hubungannya dengan Naufal ternyata tidak disenangi oleh keluarga Naufal. Malah, keluarganya dan Soffian juga memutuskan untuk mempercepatkan perkahwinan mereka apabila mengetahui akan perubahan diri dan hubungannya dengan pemuda lain. Menyedari Soffian masih mencurigainya, Kencana nekad berkahwin lari dengan Naufal. Bagaimanapun, bahagia yang dibina tidak seindah yang diimpikan apabila Naufal tiba-tiba menghilangkan diri. Kencana terpaksa kembali ke sisi keluarganya. Rashdan pula cuba kembali dalam hatinya. Namun bagi Kencana, dia tidak layak untuk cinta Rashdan. Adakah cintanya ternyata bukan untuk Rashdan atau tetap setia menanti Naufal kembali mengubati derita hatinya?


NOTA :-
Berkisar kepada pergolakan rasa hati seorang gadis dan hubungan cinta yang terbelah kerana perbezaan status sosial. 

Perkembangan novel ini terfokus kepada watak utamanya, iaitu Kencana.  Watak-watak lain hanya dapat dilihat kemunculan mereka di sekitar wataknya.   Editor, Surianee bertanya apakah kesudahan watak Naufal yang cukup tergantung, takut kalau-kalau pembaca tidak berpuas-hati dan tertanya.  Jawapan saya, novel ini ada sambungannya.


ULASAN PEMBACA :-

Lina
Hai,
Membaca novel ini membuatkan saya tertanya-tanya apa penyudahnya. Takkanlah tergantung macam tu saja. Belek punya belek dalam keadaan frust tu saya terbaca catatan di belakang yang novel tu ada sambungan. Apa lagi bergegas saya mencapai kunci kereta walaupun dah hampir sembilan malam. Hairan juga mak mertua saya, menantunya keluar malam tanpa pamit. Walaupun saya tinggal jauh dari pusat bandar, saya redah juga ke kedai buku Popular. Leganya dapat jumpa Kau Yang Tercinta yang hanya tinggal dua buah. Anyway, tahniah....buku ni memang best. Semoga kehebatan menyusun kata dalam karya terus menjadi milik saudari. Selamat berjaya di waktu-waktu mendatang.

  

Nora Malandu

Hi....salam sejahtera, saya Nora dari Pulau Labuan baru saja selesai membaca novel yang berjudul Luka Sekeping Hati terbitan semula dari Fajar Pakeer (FP).Seronok membaca novel ini sebab jalan cerita yang menepati jiwa saya, tapi saya nak tau ada ke sambungan novel ini sebab nak tau juga kemana perginya suami Kencana dan mengapa Kencana tidak dipedulikan. sekian dahulu buat masa ini saya nak berkemas nak balik rumah sebab masa ini saya masih dipejabat, saya memang gila novel dan ini adalah novel pertama anda yang saya baca dan saya telah jatuh hati pada karya anda.

 

Yusnita_CSTing

Assalamualaikum...Saya merupakan peminat novel melayu...yg diterbitkan oleh Alaf dan CESB...bagi saya novel terbitan lain kurang bermutu (ternyata saya tersilap nilai dlm perkara nie...) Dan untuk pengetahuan Fish, saya juga telah membuka sebuah kedai buku yg khusus menjual novel Melayu.

Baru baru ini, saya membeli novel keluaran FP...dan membaca karya anda...tahniah FISH...selepas memiliki LUKA SEKEPING HATI saya jatuh cinta dgn karya anda...dan KAU YG TERCINTA telah saya miliki...selain dr 2 tittle nie, dimana lagi sy nak dptkan cerita lama u...?

tq

   6 comments

norra
May 19, 2007   09:16 PM PDT
 
Norzaina, novel sambungannya 'Kau Yang Tercinta' keluar betul-betul sms Pesta Buku. Jadinya, mungkin ambil sikit masa untuk masuk pasaran. Cuba cari kat MPH atau mana-mana kedai buku (walaupun kedai buku biasa) dalam sikit masa lagi.

Thanks for the support.
norzaina
May 18, 2007   09:34 AM PDT
 
haii askum..heheh novel part 1 ni dah bis baca...geram la ngan naufal tu..heheheh emosi la plak..heheh nak sambungan yg ke 2 ada jual pasar errkk cari2 tak jumpa pun..ermm
norra
February 16, 2006   02:53 PM PST
 
W'salam, cwazy wabbit

Saya dah baca; dan dah reply pun. After reply baru saya terfikir, mungkin awak ada datang menjenguk ke mari & memang tepat dugaan :-D

Tak apalah, saya biarkan reply tu kat situ saja.

BTW, thanks sebab membaca LSH
cwazy wabbit
February 16, 2006   02:25 PM PST
 
heh... heh.... nak cepat sangat hantar ketidakpuasan hati, dah antar ke salah tempat.. i should learn long time ago, not to act hastily... that's me, cwazy wabbit... you cari le kat mana-mana dalam blog you ni kiriman dari i..

:P
norra
January 18, 2006   05:44 PM PST
 
Pada baris akhir, kita akan melihat bagaimana Kencana mendapat semangat baru untuk meneruskan hidup selepas apa yang berlaku ke atas dirinya. Jadi, bagi saya ini adalah happy ending.

Yang membuatkan pembaca mengatakan endingnya tergantung adalah kerana seolah-olah tiada kesudahan yang nyata bagi watak Naufal dan Shafini. Jawapan saya; Tasha dan Shafini pastilah meneruskan pengajian dengan hati yang kecewa kerana tidak dapat memiliki Naufal dan Rashdan; manakala kesudahan watak Naufal memang dibiarkan diselubungi misteri sebegitu; kerana jawapannya diungkapkan di dalam sambungannya.

Advance info. buat you, Adhan; dalam sambungannya nanti, Shafini berkahwin dengan Soffian ;-)
adhan
January 18, 2006   04:53 PM PST
 
kenapa ending tergantung?

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments